tayangan gambar

Jumaat, 27 Mei 2011

Jenis-jenis arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai peminat arnab yang ingin tahu jenis2 arnab. Sebenarnya breed arnabyang di daftarkan  ni memang banyak. Antaranya N.Zealand White sejenis arnab pedaging dan boleh juga di jadikan pets.Berwarna putih bersih.Bermata merah atau  lain.

Hotot, berwarna putih dan mempunyai lingkaran hitam di sekeliling mata.Berbulu pendek.Tapi pada masa sekarang dah banyak hotot yang di mixkan dengan angora.So lahirlah jenerasi angora yang berbulu panjang dan mempunyai celak di matanya..he..he.. (geng Gothic ni). Jadi  x perlulah nak bertengkar laki bini tentang breed ni.Laki kata hotot, bini kata angora. dua-dua  betul!..so saya bagi anda 2 mata...

Jenis paling digemari sekarang ialah Tedy bear. Ini pun setahu saya x ada dalm kelas arnab. Ia hasil kacukan English anggora dan....?he..he... kalau anda tahu blh beritahu saya.

Tak terkecuali  Lop Ear( Holland Lop,Fuzzy lop serta English Lop)species yang orang minat tengok.Lembut perwatakkannyaWalaupun telinganya jatuh....tapi harganya tak pernah jatuh.  Tapi awas..jangan matekan ia dengan jenis lain. nanti anaknya tak akan lop telinganya tu..Silap haribulan , sebelah jatuh sebelah lagi tidak...Jadi kalau anda nak jual..harganya jatuh.!

Apa pula arnab harlequin? Harlequin ialah warna dan corak arnab..bukan jenis.  Macam kucing...kalau tiga warna kita panggil celico..tapi bakanya mungkin Parsi,kampung ,Mainecoon dan sebagainya.Bulan 3 saya ada dapat holland lop Harleqiun 3 ekor. Tapi x sempat nak simpan pun , habis di jual...Ada juga anggora Harlequin..pun kena kecek..last-last jual juga.Warnanya cantik ..belang cam rimau..
 ni mixteddy






Ni bukan arnab..Cicak Pokke ni..dah besar dah. 300 gram lebih ni..

1 ulasan:

  1. Tengah syok layan arnab tetiba tuko topik pada cikak lak... aduss...

    BalasPadam