tayangan gambar

Ahad, 11 Oktober 2015

ARNAB BERANAK DALAM LUBANG TANAH?

Trend sekarang membela arnab secara semulajadi iaitu arnab di biar lepas bebas dalam kawasan berpagar . Hilang perasaan penat seharian bila tengok arnab2 comel ni main celah-celah rimbunan pokok renek dan rumput yang menghijau. MASALAHNYA......arnab cepat membesar dan membiak. Tup-tup dah berlubang tanah di sekeliling rumah. Mulalah tuannya gelabah...takut arnab beranak dalam lubang dan tidak menyusukan anaknya. 

Sifat semulajadi arnab, sebelum melahirkan anak di dalam lubang, mereka akan menggali beberapa lubang yang difikirkan sesuai untuk buat "bilik bersalin". Kadang-kadang hingga 5 terowong mereka bina. Mungkin yang pertama ada serangga seperti semut atau anai-anai, Manakala yang lainnya mungkin mempunyai halangan seperti dimasuki air dan sebagainya. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengelirukan pemangsa seperrti tikus dan ular. Akhirnya kawasan tersebut jadi cam Maze Runner....keliru....termasuklah tuan arnab sekali....he..he...he....berjaya! Pastu barulah boleh dok dalam sarang dengan aman.....emmmm damainya.....sejuk ...ada aircond semulajadi.
 
Lepas beranak , ibu akan keluar dari lubangnya dan menutup bahagian atas lubang dengan tanah....jangan bimbang....anak-anaknya dapat bernafas....mereka dah sediakan lubang udara alternatif...Yang dok konfiusnya ...ialah tuan arnab....biaq betui...bila dia bagi susu?...macam mana nak masuk kalau dah timbus tanah kat pintu masuk?....berapa ekoq dia beranak...? hidup lagi ka?....ha...ha...banyaknya soalan....arnab pun x dan nak jawab.   Sibukngan baby barunya...uppssss.....takyah la tuannya nak nyibuk....dah biar dia atas tanah, bagi dia urus sendiri....Insya Allah sampai masanya akan muncullah  anak-anak gebu dari dalam tanah...agak liar sedikit...namun lama-kelamaan akan mula mendekati bekas makanan yang anda sediakan...biar mereka mendekati anda....jangan buru mereka....nanti mereka stress..boleh mati wooo.....
Bila dah keluar anak2 dari lubang tu mulalah tuan arnab meneka....dulu perut besar....awat anak 4 ja...mesti  mati ni.... atau tikuih makan kot...atau...?????? x yahlah meneka dalam kesamaran....itulah rezeki anda.....terima jalah...
Bila tuan arnab mula meneka dan tidak puas hati dengan jumlah anak yang hidup....biasanya mereka akan mula menggali lubang sarang bila arnab tersebut beranak kali ke 2....tujuannnya?.....kononya untuk memstikan kelangsungan hidup semua anak yang dilahirkan....tetapi sebenarnya anda berkemungkinan akan menyebabkan semua anak arnab itu mati.....sebab.....????? ok....kita sambung nanti.....bila?   SABARrrrrrr........

2 ulasan: