tayangan gambar

Jumaat, 29 Oktober 2010

arnab x nak bagi anak minum susu

Assalamualaikum. Hari ni saya nak berkongsi cara untuk mengatasi masalah ini. Masalah Saudara Azlan, sering juga berlaku kepada pemilik arnab yang lain. Saya dulu pun macam ni juga.Dan sekarang pun masih ada lagi ibu2 yang tak nak bagi anak dia minum susu.

So ..bila lagi sekali arnab tu beranak..jangan tanggung risiko dengan membiarkan dia cuba susukan anak tu.Kita ambil bahagian dalam hal ni. Mula2 ambil anak2 tu dan masukkan dalam bekas yang sesuai.Jangan terlalu besar. Cukup bekas aiskrim (yang kosong le...) 1 liter tu. sebab kita nak kontrol suhu badan anak arnab ni.Tapi kalau anaknya banyak..guna bekas yang anaknya boleh gerak sikitlah.Lapik dengan tuala tangan di bahagian bawah(untuk serap air kencingnya).kemudian guna kain yang nipis..contohnya sapu tangan yang kita selalu dapat time kenduri tu atau reja kain.Tutup bahagian atas(selimut)Letakkan di tempat yang selamat dari pemangsanya( tikus, kucing dan  paling utama ...semut!)

Waktu malam/ petang lebih kurang pukul 7. ambil ibu.Letakkan siibu dalam bakul ytang berlapik suratkhabar..Pastikan siibu dah relaks... lepastu ..letakkan anak dia satu-satu dekat dengan  ibu.Kalau siibu tak relaks.. nanti di lompat sana-sini. Ini boleh mencederakan sianak.Anak akan masuk sendiri bawah perut ibunya untuk menyusu.

Untuk membantu siibu relaks...berikan lobak merah, atau sayur kegemarannya.So time dia makan tu..anaknya dapat menyusu.Buat juga macam ni pada waktu pagi.So maknanya dua kali sehari.

 Sewaktu anak menyusu..pantau..siibu..pastikan kakinya tidak terpijak mana-mana anaknya.Nanti anaknya akan mati lemas..jika berlaku..anda akan dapati anaknya seperti mati..lembik..terkulai dan berubah warna menjadi pucat. Jangan panik..jika sekejap sahaja ibu terpijak anaknya... anda boleh pulihkannya..berikan CPR..Macam manusia gak tapi tak perlu tekan kat jantung..cuma hembus di mulutnya dengan hembusan yang secukupnya.sahaja..jangan kuat.. nanti meletup anak arnab tu...Saya dah praktikkannya .Dalam 10  kejadian camni... 7 pulih .. yang 3biasanya  terlalu lama dipijak..InsyaAllah.. kita berusaha..cubalah..

anak arnab yang pulih tu akan mula gerakkan badan,warna berubah sediakala dan sibuk nak nyusu balik sebab tadi tak sempat he..hee..So waktu anda susukan anak arnab jangan tinggalkan..pantau...!

Selepas 10/14 hari anak arnab anda bolehlah di letakkan terus dengan siibu..sebab depa ni dah pandai cari ibunya..Ibu lari...depa ligan...he..he..Kalau anda tak letakkan dengan ibu..anak arnab akan kurus..sebab waktu ni depa nak menyusu dengan kerap.

Camna nak tentukan anak arnab dah kenyang..1..mereka akan tidur jika dah cukup menyusu..2.Di bahagian bawah perut nampak warna putih. Anak arnab selalunya kencing lepas menyusu...so jangan angkat depa lepas nyusu..nanti....he..heh..anda kena siram.tapi ada gak yang pasif sikit..so bila anda tengok yang dah buncit tu,,angkat dan masukkan semula dalam bekas mereka.Tinggal yang masih nak nyusu atau yang perutnya masih kempis.Jika anak yang tinggal (biasanya sekor je yang lembab sikit ni) tu masih tak kenyang..mgkn dia cari puting susu tak jumpa..,so letak siibu atas riba anda..terbalikkan...letak anak atas perut ibunya, berhati-hati..jangan sampai anda di cakar...atau anaknya ditendang..

Pilih puting susu yang terletak dekat kaki depannya..sebab biasanya bahagian ni lebih banyak susunya.

Selasa, 26 Oktober 2010

susy si pelik

Rupa cantik... dah 2 kali beranak..2 2 kena bagi orang lain mengasuh anak dia...nak melawa je...beranak tak pernah cabut bulu.so anak pening nak cari puting susu...at last kena la tumpang kat ibu lain...alhamdulillah...5 hari lepas beranak lagi. kali ni 5 ekor. mau pula dia bagi susu..kalini naluri keibuannya tinggi kot. anak dah banyak..dulu 1 dan 2 je.

Gambar ibu arnab dan anak-anaknya

Sisy ngan anaknya.dua2 dah jual...ni waktu anaknya umur 3 minggu.time flash je terus tegak telinganya.

Che putih beranak lagi

Pagi tadi pi kandang..tgk dia dok cabut bulu...sibuk gak nampaknya..selalu ..sibuk minta makan..hari ni buat dek je.Sombong betul Che Putih hari ni? Pukul 5 ptng ni p pulak. Dari jauh dah nampak anak baru lahir tergolek kat bawah.Kalut gak ... ada tiga ekor..gemuk2.Rupanya jiran Che putih yang beranak. Tgk dalam raga dia...tak ada pun.. anaknya. Emm. lepas 15 minit dok belek2 semua arnab kat kandang...nampak Che Putih sibuk semacam je.Bila p dekat...dah beranak rupanya...5 ekor . Putih cam dia dan pejantannya. Alhamdulillah...Mereka ni baka NZW.Anak gemuk dan sihat,Ciwi gak dia tu...asyik nak marah jiran sebelah je.agaknya nak habaq anak dia lagi banyak dari Che Kiki 2..Ni gambar dia masa kecik.

Ahad, 24 Oktober 2010

jualan arnab minggu ini

Arnab minggu ni dr jenis hotot,New Z, Angora, dan lop ear.Harga dari RM 25 hingga  RM 120. Tu pun kira siapa cepat....dapat.

Ahad, 17 Oktober 2010

car boot

Pada setiap hari Sabtu..Insyaallah.. saya akan berada di Stadium Darulaman untuk jualan arnab d  tapak car boot. So kalau orang Alor Star yang nak beli arnab 2 , p saja ke Stadium  dekat la sikit berbanding mai ke Changlun ni. Apa pun ramai gak yang suka mai  pilih kat kandang...puas...! kata depa.

Ahad, 10 Oktober 2010

arnab makan anak

Ramai yang memelihara arnab terkejut bila pertama kali terserempak dengan kejadian ini.Saya dahulu pun mengalami keadaan ini. Dari pengalaman saya banyak sebab arnab makan anaknya. Ramai yang kata bapa makan anak. Tapi kalau bapa tak duduk dalam sangkar yang sama , sapa pulak yang makan anak tu?

Bapa arnab yang makan anak(jika bapa ada dalm satu sangkar dngn ibu) sebab dia nak tarik perhatian siibu. Bila ibu tak nak mating ngan dia so , ia bunuh anak. Jadi ibu dah tiada tanggungjawab untuk jaga anak.Lagi satu anak boleh tercedera dan mati secara tidak senaja  sebab lepas beberapa jam ibu melahirkan , sijantan selalunya akan cuba mengawan semula.Jadi aktiviti kejor-mengejor ni secara tak langsung akan mencederakan anak2.

Ibu pula selalunya makan anaknya bila..kita tuannya tak sabar nak tengok first kelahiran arnab kita...he..he.. orag lain tak tau le... tapi saya teruja sangat(bukan 8 tahun dulu saja..sekarng pun masih teruja). Elok lahirnya terus nak tengok..dah tu cuba-cuba lak angkat dan kacau sarang arnab tu. Siibu yang tercabar,.. apa lagi ngap anaknye...sebab tangan kita yang angkat tadi... ada macam..2..bau.Bau bedak sejuk ada, bau kari kepala ikan..bau perfume..he..he.. dan macam..macam lagi bau yang memeningkan siibu..:betoi ka anak aku ni???? macam bau....sabun je.. So kalau dah teruja sangat...lepas belek2 anak arnab tu ...kita boleh gosokkan tangan kita ke muka/hidung arnab tu. Pegang tangan kanan..gosok le tangan tu juga ...jgn gosok tangan kiri lak...

Tapi ada orang suka cium anak arnab....uuiii gebunye...lepas tu kenalah cium ibunye pulak yee ..heh..heh...sebab muka anda tentu tak sama bau dengan tangan kan? So kalau takut kena gigit tak payah lah cium anak arnab tu..

Ada lagi sebab arnab makan anaknye disebabkan oleh pemiliknya sendiri. Ada antara kita bila nampak arnab mula cabut bulu..kita pun sibuk koyak kertas dan tolong susun dalam kotak beranak dia...arnab ni tak suka kita nyebuk.Biaq dia buat sendiri.Kalau nak tolong...masukkkan kertas/rumput kering dan sebagainya seminggu sblm dia beranak. Tu pun letak kat luaq kotak. Nanti tau la dia hias sendiri kotak tu..Macam kita jugak.Nak dapat baby baru..kita akan shopping ikut taste kita. Mak bapak kita tak masuk campur. Kalau ada pun tolong buat bantal(tapi sarungnya kita cari sendiri)

Ibu arnab ni pun ada macam-macam jenis gak..manusia pun ada yang buang anak tapi ibu arnab makan anak..kadang2 secara tak senaja. Arnab  yg pertama kali beranak selalunya akan termakan anak bila dia makan uri(untk dilupuskan).Kalau uri yang melekat dianak tu tak terputus..akhirnya sekali dengan anak2nya akan turut masuk dalam mulut siibu.

Lagi satu bila lahir..anak tu dah mati..mgkn anak besar dan tersangkut lama.Jadi bila dah lahir dia kan terus makan.Bila kita lihat..kita akan nampak seolah-olah dia mkan anak yang lahir hidup sebab ada sedikit darah di bangkai anak tu.Arnab secara semulajadi akan mengorek lubang di dalam tanah. Jadi jika ada kematian..dia akan lupuskan dengan cara  memakan bangkai anaknya. kalau di biarkan..maka anak2 yang hidup akan jadi mangsa semut yang akan tertarik untuk menghurungi bangkai tadi.

Saya juga biasa lihat ibu arnab cuba untuk mengangkat anaknya yang terjatuh dari raga..arnab bukan kucing yang boleh gonggong anak..jadi proses ni akan menyebabkan anak terluka atau terputus telinga.(tapi kebanyakkan arnab buat deeek aje..kalau anaknya terjatuh atau tersepit)

Akhir sekali ada arnab makan anaknya disebabkan dia tak cukup zat yang di perlukan..so dia tak tau p farmasi atau tengok catalog untuk beli supplement macam kita..Jadi yang jadi mangsanya ialah....anaknya sendiri..Jadi kita kena pastikan ibu2 dlm pantang ni dapat secukupnya zat2 yang diperlukan.....he...hee..Wassalam.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Anak-anak arnab bulan 10

Bulan ni , warna bertukar dari hitam putih kepada berwarna-warni..Lop bulan  9 warna oren. Lop bulan 10 warna coklat,kehitaman dan bercorak. ada juga warna putih cream.Bulan ni ada anak AE. Baru 3 minggu, blm jelas lagi warnanya.

aktiviti minggu lepas

Minggu lepas...minggu yang agak kalut. Kereta rosak.Anak exam. arnab nak kena hantar ikut masa tempahan.. Alhamdulillah ...akhirnya semua ok je..Semua aktiviti selamat dilakukan. Kereta dapat dibaiki, anak selamat menduduki peperiksaan dan 28 ekor arnab berjaya di hantar ke Kelantan pada masa yang telah dijanjikan.

Minggu ini...ke mana pula?..Jika tiada aral mungkin akan ke Cameroon Highland. So sapa-sapa yang nak tempah  arnab untuk di hantar ke Cameroon Highland dah boleh contact saya. Minggu ni ibu-ibu arnab di kandang tu bolehlah di matekan...anak pun dah  besar dan dah berhenti nyusu.

Jumaat, 1 Oktober 2010

arnab pedaging betina

Gambar mix lion head

Baka ni banyak jantan lak kali ni. Ni semua gambar yang jantan.Ada jambul kat kepala.Mata bercelak.Kalau yang hitam , semua hitam.

Lop ear terbaru

Salam buat semua pencinta haiwan. Ni ada gambar baru rabbit lop ear.Insyaallah baby2 ni akan gi dok di KB minggu depan.Yng betina tu yang berbulu kembang. ye tu kadang-kadang jatuh molek telinga nye,kadang-kadang sblh je.Tapi shari 2 ni jatuh memanjang je. Dah besar kot.Umur 1 1/2 bulan dah.